Skip to main content

Posts

Prihatinkah kita sebagai warga Malaysia? bila kita tengok ramai yang tersasar jauh dengan alquran

Recent posts

[Share] Surah Al-Mulk? Ada apa dengan surah ini..

SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur. Ia adalah  Surah Al-Mulk  yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci. Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari. .. Di antara kelebihan Surah ini ialah: ·          Surah ini akan menjadi penyelamat. ·          Penegah pembacanya dari seksa kubur. ·          Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah). ·          Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik). ·          Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik. 1    Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:      Surah Al Mulk adalah penghalang dan penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur. (HR. Tirmidzi)  ..... 2.     Dahulu Nabi tidak

[SHARE] Amalkan Pemakanan yang SIHAT

Satu amalan kecerdasan akal adalah dengan menjaga makanan, Pengambilan makan yang sihat adalah sangat dituntut di dalam islam, ia adalah elemen terpenting yang perlu dititik beratkan kerana ia berkait rapat dengan ibadah seharian kita, bukan itu sahaja, pastikan makanan kita itu adalah halal dan tidak memberikan kesan sampingna yang negatif kepada diri kita. Menurut ayat Al-Quran dibawah bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. (Surah Al Baqarah, ayat 168) Dalam ayat yang lain, diperingatkan lagi khusus kepada orang yang beriman supaya makan minum yang halal dan sentiasalah bersyukur kepada Allah SWT,   firman-Nya: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan (kurniakan) kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika be

[Share] Jom bebuat baik

Setiap daripada kita perlu mendidik diri melakukan kebaikan. Kebaikan mampu memantapkan keimanan kita. Kebaikan ini perlulah dilatih sejak kecil supaya mudah diterapkan dan beramal dengannya. .. Waabisoh bin Ma’bad r.a melaporkan, “aku datang bertemu rasulullah s.a.w dan baginda berkata, ‘Engkau datang untuk bertanyakan tentang kebajikan?’ Aku menjawab, ‘Benar.’ Maka baginda berkata, ‘Mintalah fatwa ( Bertanyalah) kepada hatimu, kebajikan ialah sesuatu yang jiwa dan hati merasa tenang terhadapnya, manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan mengelisahkan dada, sekalipun pelbagai fatwa yang diberikan oleh manusia (sama ada ia halal atau haram),”  Hadis direkodkan oleh imam Ahmad dalam Musnab Ahmad. No hadis 18006, daripada Waabisoh bin Ma;bad Al-Asadi , Hadis dhaif) Antara Galakan membuat kebaikan menurut Al-Quran adalah : 1)  Berbuat baik kepada Ibubapa 2)  Berkata baik kepada manusia 3)  Berdebat dengan Ahli kitab dengan cara

[Share] Kebaikan Zikir menggunakan Tangan?

Salah satu cara untuk mengingati Allah swt adalah dengan berzikir. Zikir juga dapat membuat hati tenteram kerana mengingat sang pencipta setiap saatnya. Zikir dapat dilakukan dimana saja dan dalam keadaan apapun. Bahkan begitu istimewanya Zikir, Rasulullah SAW menggunakan ruas-ruas jarinya sebagai alat untuk ia zikir. Seperti dalam sebuah hadis: “Hitunglah (zikir) itu dengan ruas-ruas jari karena sesungguhnya (ruas-ruas jari) itu akan ditanya dan akan dijadikan dapat berbicara (pada hari Kiamat).” (HR. Abu Dawud, no. 1345). Dalam Hadis lainnya yang menyatakan bahawa zikir alangkah lebih baiknya dilakukan dengan jari-jari tangan kanan, seperti yang dicontohkan Rasulullah SAW “Saya melihat Rasulullah bertasbih (berzikir) dengan (jari-jari) tangan kanannya.”  (HR. Abu Dawud, II/81, at-Tirmidzi, V/521, Shahiihul Jami’, IV/271, no. 4865). .. Dengan memanfaatkan jari-jari tangan kanan sebagai media untuk berzikir dapat memudahkan setiap muslim untuk mendekatkan di

[SHARE] SUJUD SAJADAH ATAU TILAWAH..apa perlu kita buat?

Assalamualaikum.. kita kadang ternampak simbul seakan-akan kubah masjid di dalam satu ayat alquran ini kan..tapi kita tak tau nak buat apa bila ternampak symbol tersebut.. jadi jom kita rungkaikan dengan lebih mendalam mengenai tanda tersebut. . Tanda tersebut adalah tanda ayat Sujud Sajadah atau juga dikenali sebagai sujud tilawah . Disunat bersujud dengan niat Tilawah bagi pembaca atau pendengar ‘ayat Sajadah’. Selain dari ‘Sujud Tilawah’ sujud ini juga dikenali sebagai ‘Sujud Sajadah’. . Tilawah ertinya bacaan. Maka Sujud Tilawah bererti sujud bacaan iaitu sujud kerana membaca atau mendengar ‘ayat-ayat Sajadah’ dari pembacaan Al-Quran yang kebiasaannya boleh dikenali pada ayat-ayat tersebut dengan ditandai garis atau simbol kubah dan tertulis perkataan sajadah. . Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh

ADA APA DENGAN SURAH MAKIYYAH & MADANIAH?

Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun, sebagian besar waktu Rasulullah dihabiskan di Makkah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman. “Ertinya : Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Israa : 106] Oleh kerana itu para ulama rahimahullahu membagi Al-Qur’an menjadi dua bagian :            ~Makkiyah           ~Madaniyah            Sebenarnya, pengasingan ini adalah kerana Al-Quran diturunkan dalam dua musim, di Mekah dan di Madinah. Kedua-dua musim ini dipisahkan oleh peristiwa yang bersejarah, iaitu hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat beliau ke Madinah. Tempoh kedua-dua musim itu ialah, di Mekah (sebelum Nabi berhijrah) selama 12 tahun, 5 bulan, 13 hari. Sedangkan di Madinah (selepas Nabi berhijrah) selama 9 tahun, 9 bulan, 9 hari.                    Dengan