SATU
surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya,
apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur. Ia adalah Surah
Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut
sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci.
Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak
meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari.
..
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
- · Surah ini akan menjadi penyelamat.
- · Penegah pembacanya dari seksa kubur.
- · Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
- · Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
- ·
Dinamakan Surah gagah
perkasa, pintar lagi cerdik.
1 Terdapat banyak hadis
tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
2. Dahulu Nabi tidak tidur
malam sebelum baginda SAW membaca surah As Sajdah dan surah Al Mulk. (HR.
Tirmidzi)
3.
Barangsiapa membaca surah
Al Mulk setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Para
sahabat di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut “Al Mani’ah”
(penghalang dari siksa kubur). (HR. An Nasai)
....
Setiap orang beriman tidak boleh
memandang ringan perihal di alam barzakh yang bakal mereka lalui satu masa
nanti. Persediaan itu wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku serta
pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang
buruk.
...
...
Abu Darda berkata, “Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan
menyebabkan aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia
padahal kematian sedang mengejarnya, individu yang ketawa terbahak-bahak,
tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya dan
individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”
Rasulullah SAW juga mengajar untuk
mengamalkan satu doa bagi memohon perlindungan dan azab kubur iaitu “Allahumma
inni a’uzu bika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhli, wa’auzu
bika min ‘azabil qabri wa ‘auzu bika minfitnatil mahya walmamati” bermaksud:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kelemahan, malas, penakut, pelupa,
bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur dan fitnah hidup dan
mati.”(Hadis
Riwayat Muslim)
..
..
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat
Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT
mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan
mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu,dijauhkan daripada azab
kubur dan pelbagai lagi.
..
Jom Clik 1 hari 1 perkongsian di Telegram kami : https://t.me/QuranDaruliman
#AzabKubur #ALMulk #pustakadaruliman #alqurandaruliman # #alqurandaruliman #infomudahnyaislam #ayatalquran #indahnyaislam
..
Jom Clik 1 hari 1 perkongsian di Telegram kami : https://t.me/QuranDaruliman
#AzabKubur #ALMulk #pustakadaruliman #alqurandaruliman # #alqurandaruliman #infomudahnyaislam #ayatalquran #indahnyaislam
Sumber :
2) https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2932-al-kafi-990-baca-surah-al-mulk-untuk-si-mati
3) https://www.facebook.com/muftins/posts/hadis-kelebihan-surah-al-mulk1-ada-suatu-surah-dalam-al-quran-yang-terdiri-dari-/1008508359296717/
3) https://www.facebook.com/muftins/posts/hadis-kelebihan-surah-al-mulk1-ada-suatu-surah-dalam-al-quran-yang-terdiri-dari-/1008508359296717/
Comments
Post a Comment