Skip to main content

[SHARE] SUJUD SAJADAH ATAU TILAWAH..apa perlu kita buat?





Assalamualaikum..
kita kadang ternampak simbul seakan-akan kubah masjid di dalam satu ayat alquran ini kan..tapi kita tak tau nak buat apa bila ternampak symbol tersebut.. jadi jom kita rungkaikan dengan lebih mendalam mengenai tanda tersebut.
.


Tanda tersebut adalah tanda ayat Sujud Sajadah atau juga dikenali sebagai sujud tilawah
.
Disunat bersujud dengan niat Tilawah bagi pembaca atau pendengar ‘ayat Sajadah’. Selain dari ‘Sujud Tilawah’ sujud ini juga dikenali sebagai ‘Sujud Sajadah’.
.
Tilawah ertinya bacaan. Maka Sujud Tilawah bererti sujud bacaan iaitu sujud kerana membaca atau mendengar ‘ayat-ayat Sajadah’ dari pembacaan Al-Quran yang kebiasaannya boleh dikenali pada ayat-ayat tersebut dengan ditandai garis atau simbol kubah dan tertulis perkataan sajadah.
.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.”   (HR Bukhari dan Muslim.)
.


Hukum Sujud Sajadah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.
.
Dari Umar r.a; Pada suatu hari Jumaat, Rasulullah SAW membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, Baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah Baginda SAW bersabda: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan sesiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.” (HR Bukhari)
..
Di dalam Al-Quran terdapat 15 ayat-ayat sujud sajadah iaitu:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206

2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-‘Alaq) Ayat 19


Nota:
Perlu dinyatakan bahawa bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 menurut madzhab Syafi’iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah. Bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 pula menurut Syafi’iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk ‘Sujud Syukur’.

..
Hukum Sujud Sajadah

Menurut Imam Syafi’i: sunat. Pendapat ini sesuai dengan perkataan Umar ra usai membaca ayat sajadah di mimbar: ”Wahai manusia, kita tidak diperintahkan untuk sujud. Namun siapa yang sujud dia benar, dan siapa yang tidak sujud dia tidak berdosa. (HR. Bukhari).
Sementara Imam Abu Hanifah berpendapat wajib.
..

Syarat Sujud Tilawah
1.       Suci badan, pakaian dan tempat sujud.
2.       Menutup aurat.
3.       Menghadap kiblat.
4.       Sujud setelah selesai membaca ayat Sajadah.
5.       Dalam solat berjamaah, makmum wajib mengikuti Imam bersujud Tilawah. Gugur keahlian solat berjamaah, jika tidak ikut bersujud.

 ..
 Niat Sujud Tilawah
·         1. Niat : “ Aku melakukan Sujud Tilawah kerana Allah Ta‘ala”
·         2.  Bertakbir

·         3.  Sujud


سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ، فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ

Artinya : “Wajahku bersujud kepada (Allah) Yang telah menciptakannya dan membuka pendengaran dan penglihatannya dengan daya dan kekuatan-Nya. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta.” (Doa ini berdasarkan Hadits riwayat Ahmad, Abdu Daud dan Tirmidzi).
 4.  Salam.


..
Seteleh melakukan sujud tilawah, boleh kembali meneruskan bacaan surah yang sedang dibaca. Secara umum, hukum sujud tilawah itu sunah dilakukan lelaki maupun perempuan, baik yang mendengarkan ataupun yang membaca sendiri pada ayat sajadah, sekalipun tidak dalam posisi solat.
..

Jom Clik 1 hari 1 perkongsian di Telegram kami https://t.me/QuranDaruliman
..

..
sumber :

1. https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4025-al-kafi-1543-membaca-ayat-sajadah-di-dalam-solat-dengan-tujuan-untuk-melakukan-sujud-tilawah
2.  https://www.hmetro.com.my/addin/2018/09/375481/sujud-tilawah-selepas-baca-surah-sajadah
3. https://akuislam.com/blog/ibadah/sujud-sajadah/

Comments

Popular posts from this blog

ADA APA DENGAN SURAH MAKIYYAH & MADANIAH?

Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun, sebagian besar waktu Rasulullah dihabiskan di Makkah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman. “Ertinya : Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Israa : 106] Oleh kerana itu para ulama rahimahullahu membagi Al-Qur’an menjadi dua bagian :            ~Makkiyah           ~Madaniyah            Sebenarnya, pengasingan ini adalah kerana Al-Quran diturunkan dalam dua musim, di Mekah dan di Madinah. Kedua-dua musim ini dipisahkan oleh peristiwa yang bersejarah, iaitu hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat beliau ke Madinah. Tempoh kedua-dua musim itu ialah, di Mekah (sebelum Nabi berhijrah) selama 12 tahun, 5 bulan, 13 hari. Sedangkan di Madinah (selepas Nabi berhijrah) selama 9 tahun, 9 bulan, 9 hari.                    Dengan

[Share] Surah Al-Mulk? Ada apa dengan surah ini..

SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur. Ia adalah  Surah Al-Mulk  yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci. Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari. .. Di antara kelebihan Surah ini ialah: ·          Surah ini akan menjadi penyelamat. ·          Penegah pembacanya dari seksa kubur. ·          Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah). ·          Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik). ·          Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik. 1    Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:      Surah Al Mulk adalah penghalang dan penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur. (HR. Tirmidzi)  ..... 2.     Dahulu Nabi tidak

KONTEST LENGKAPKAN AYAT PALING KREATIF di FACEBOOK RASMI "PUSTAKA DARUL IMAN "

CONTEST LENGKAPKAN AYAT PALING KREATIF kini sedang BERLANGSUNG !! 🤩 🤩 https://www.facebook.com/pustakadarulimanpublisher/photos/a.300806526705240/2445258895593315/?type=3&theater Yahuu..Pustaka Darul Iman ada buat Contest lah guys! Apa tunggu lagi, hadiah pun boleh tahan ni.. Senaskah Alquran Raihan dengan Engrave nama pemenang sekali.…ini lah masanya! . Jom ikut Cara-caranya sepetri berikut : . 1) ➡   LIKE & FOLLOW facebook RASMI "pustaka Darul Iman"   2) ➡   Karangkan Ayat anda yang superb kreatif , tidak lebih 15 patah perkataan di ruangan komen… 3) ➡   MENTION 5 RAKAN ANDA yang korang rasa dia lagi kreatif dari korang & HASTAG   # contestdaruliman   4) ➡   kemudian SHARE Post Contest ini di facebook anda sendiri SEBANYAK yang mungkin.. 5) ➡ HADIAH UTAMA adalah senaskah Alquran Raihan beserta ukiran nama pemenang sendiri... SHARE Paling banyak & Ayat paling kreatif / Superb yang akan memenangi Alquran ini.. .