Skip to main content

ADA APA DENGAN SURAH MAKIYYAH & MADANIAH?




Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun, sebagian besar waktu Rasulullah dihabiskan di Makkah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.





“Ertinya : Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Israa : 106]

Oleh kerana itu para ulama rahimahullahu membagi Al-Qur’an menjadi dua bagian :
          ~Makkiyah
          ~Madaniyah


           Sebenarnya, pengasingan ini adalah kerana Al-Quran diturunkan dalam dua musim, di Mekah dan di Madinah. Kedua-dua musim ini dipisahkan oleh peristiwa yang bersejarah, iaitu hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat beliau ke Madinah. Tempoh kedua-dua musim itu ialah, di Mekah (sebelum Nabi berhijrah) selama 12 tahun, 5 bulan, 13 hari. Sedangkan di Madinah (selepas Nabi berhijrah) selama 9 tahun, 9 bulan, 9 hari.
        
          Dengan demikian, bukan bermaksud semua surah yang diturunkan di Mekah itu digolongkan dalam surah Makkiyah, atau surah yang diturunkan di Madinah itu digolongkan dalam surah Madaniyah. Melainkan, bergantung pada bila surah itu diturunkan dan bukan di mana surah itu diturunkan. Sehingga antara surah Makkiyah dan surah Madaniyah masing-masing mempunyai perbezaan.

Sebelum kita mengetahui perbezaan ayat Makkiyah dan Madaniyah. Marilah kita sama-sama fahami apa yang dikatakan itu ayat makiyah dan madaniyah secara mudah. Berdasarkan kepada tempoh turunnya al-Quran itu dibahagikan kepada dua jenis seperti penerangan di atas secara ringkas :






1. Ayat-ayat Makkiyah ialah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Makkah atau sebelum Nabi Muhammad atau Rasulullah saw berhijrah ke Madinah.

2. Ayat-ayat Madaniyah ialah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah iaitu sesudah Nabi Muhammad atau Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. 


CIRI-CIRI SURAH SURAH MAKIYYAH DAN MADANIYAH

A- Ciri-ciri Ayat Makki

1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.

2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah kalla (
كلا)

3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (
ياايهاالناس) dan tidak mengandungi perkataan ( ياايهاالذينءامنوا)

4)Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.

5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.

6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (
حم) dan (الم) di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran...

Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu;

1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.

2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan balasan hari Akhirat (syurga dan neraka).

3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.

4) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.

5) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.


B- Ciri-ciri Surah Madani

1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan menerangkan hukum-hukum mengenainya.

2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.

3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, social dan kenegaraan.

4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.

Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih mengukuhkannya iaitu:

1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.

2) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.

.
Perbezaan Ayat Makkiyah Dan Madaniyah : 




Ayat-ayat makkiyah pada umumnya ayatnya pendek-pendek. Ayat-ayat madaniyah biasanya panjang-panjang. Surah madaniyah merupakan 11 juz daripada 30 juz al-Quran. Ayat-ayat madaniyah ini berjumlah 1,456 ayat.
..
Manakala ayat-ayat makkiyah merupakan 19 juz daripada 30 juz al-Quran, ayat-ayat makkiyah ini pula berjumlah 4,780 ayat.  
Kebanyakkan ayat-ayat makiyyah di makkiyah terdapat perkataan “Ya Ayyuhannass” , bermaksud wahai manusia makalah ayat-ayat madaniyah terdapat perkataan “Ya ayuhalladzina anamu” bermaksud wahai orang-orang beriman.
..



Ayat-ayat makkiyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah yang terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti. Manakala ayat-ayat madaniyah pula mengandungi hukum-hukum adat, duniawi, kemasyarakatan, hukum tatanegara, hukum perang, hukum antarabangsa, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan lain-lain.

Surah² Makkiyah
·         No.  -Nama Surah-  (bilangan ayat)
·         1     Al- Faatihah     (7)
·         6     Al-An’aam     (165)
·         7     Al-A’raaf     (206)
·         10     Yunus     (109)
·         11     Hud     (123)
·         12     Yusuf     (111)
·         14     Ibrahim     (52)
·         15     Al-Hijr     (99)
·         16     An-Nahl     (128)
·         17     Al-Israa’     (111)
·         18     Al-Kahfi     (110)
·         19     Maryam     (98)
·         20     Taha     (135)
·         21     Al-Anbiyaa’     (112)
·         23     Al-Mu’minuun     (118)
·         25     Al-Furqaan     (77)
·         26     Asy-Syu’araa’     (227)
·         27     An-Naml     (93)
·         28     Al-Qasas     (88)
·         29     Al-‘Ankabuut     (69)
·         30     Ar-Ruum     (60)
·         31     Luqman     (34)
·         32     As-Sajdah     (30)
·         34     Saba’     (54)
·         35     Faatir     (45)
·         36     Yaa Siin     (83)
·         37     As-Saaffaat     (182)
·         38     Saad     (88)
·         39     Az-Zumar     (75)
·         40     Ghaafir     (85)
·         41     Fussilat     (54)
·         42     Asy-Syuura     (53)
·         43     Az-Zukhruf     (89)
·         44     Ad-Dukhan     (59)
·         45     Al-Jaathiyah     (37)
·         46     Al-Ahqaaf     (35)
·         50     Qaaf     (45)
·         51     Az-Zaariyaat     (60)
·         52     At-Tuur     (49)
·         53     An-Najm     (62)
·         54     Al-Qamar     (55)
·         56     Al-Waaqi’ah     (96)
·         67     Al-Mulk     (30)
·         68     Al-Qalam     (52)
·         69     Al-Haaqqah     (52)
·         70     Al-Ma’aarij     (44)
·         71     Nuh     (28)
·         72     Al-Jinn     (28)
·         73     Al-Muzzammil     (20)
·         74     Al-Muddaththir     (56)
·         75     Al-Qiaamah     (40)
·         77     Al-Mursalaat    (50)
·         78     An-Naba’     (40)
·         79     An-Naazi’aat     (46)
·         80     ‘Abasa     (42)
·         81     At-Takwiir     (29)
·         82     Al-Infitaar     (19)
·         83     Al-Mutaffifiin     (36)
·         84     Al-Insyiqaaq     (25)
·         85     Al-Buruuj     (22)
·         86     At-Taariq     (17)
·         87     Al-A’laa     (19)
·         88     Al-Ghaasyiyah     (26)
·         89     Al-Fajr     (30)
·         90     Al-Balad     (20)
·         91     Asy-Syams     (15)
·         92     Al-Lail    ( 21)
·         93     Adh-Dhuha    ( 11)
·         94     Asy-Syarh    (8)
·         95     At-Tiin     (8)
·         96     Al-‘Alaq     (19)
·         97     Al-Qadr     (5)
·         100     Al-‘Aadiyaat    (11)
·         101     Al-Qaari’ah     (11)
·         102     At-Takaathur     (8)
·         103     Al-‘Asr     (3)
·         104     Al-Humazah     (9)
·         105     Al-Fiil     (5)
·         106     Quraisy     (4)
·         107     Al-Maa’uun     (7)
·         108     Al-Kauthar     (3)
·         109     Al-Kaafiruun     (6)
·         111     Al-Masad    (5)
·         112     Al-Ikhlaas     (4)
·         113     Al-Falaq     (5)
·         114     An-Naas     (6)

Surah² Madaniah:
·         No.  -Nama Surah-  (bilangan ayat)
·         2     Al- Baqarah     (286)
·         3     Aali Imran     (200)
·         4     An-Nisaa’     (176)
·         5     Al-Maaidah     (120)
·         8     Al-Anfaal     (75)
·         9     At-Taubah     (129)
·         13     Ar-Ra’d     (43)
·         22     Al-Hajj     (78)
·         24     An-Nuur     (64)
·         33     Al-Ahzaab     (73)
·         47     Muhammad     (38)
·         48     Al-Fath     (29)
·         49     Al-Hujuraat     (18)
·         55     Ar-Rahmaan     (78)
·         57     Al-Hadiid     (29)
·         58     Al-Mujaadalah     (22)
·         59     Al-Hasyr     (24)
·         60     Al-Mumtahanah     (13)
·         61     As-Saff     (14)
·         62     Al-Jumu’ah     (11)
·         63     Al-Munaafiquun     (11)
·         64     At-Taghaabun     (18)
·         65     At-Talaaq     (12)
·         66     At-Tahriim     (12)
·         76     Al-Insaan     (31)
·         98     Al-Bayyinah     (8)
·         99     Az-Zalzalah     (8)
·         110   An-Nasr     (3)


..

Manfaat Mengenal Makiyyah dan Madaniah
1. Membantu dalam menafsirkan Alquran. Dari sisi bahwa untuk memahami ketelitian ayat-ayat dan isyarat-isyaratnya memiliki hubungan yang erat dengan tempat, maka penting bagi para mufassir untuk mengenal ayat-ayat Makkiyah dan Madaniyyah
.
2. Dari sisi bahwa untuk membedakan antara ayat-ayat yang nasikh (yang menghapus) dan mansukh (yang dihapus hukumnya) yang merupakan hal-hal yang menjadi perbedaan pendapat dalam Ulumul Quran memerlukan pengenalan terhadap ayat-ayat sebelumnya dan ayat-ayat setelahnya, maka ayat-ayat Makiyyah dan Madaniyyah merupakan sebuah mukadimah yang sangat penting dalam membedakan antara ayat-ayat nasikh dan mansukh
 3. Mengenal tahapan penyempurnaan pensyariatan dan penetapan hukum

4. Mengetahui bagaimana turunnya Alquran dan membantu mengetahui asbab Nuzul yang juga merupakan bagian dari Ulumul Quran;

5. Menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan sirah perjalanan Nabi Muhammad saw


Comments

Popular posts from this blog

[Share] Surah Al-Mulk? Ada apa dengan surah ini..

SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur. Ia adalah  Surah Al-Mulk  yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci. Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari. .. Di antara kelebihan Surah ini ialah: ·          Surah ini akan menjadi penyelamat. ·          Penegah pembacanya dari seksa kubur. ·          Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah). ·          Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik). ·          Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik. 1    Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:      Surah Al Mulk adalah penghalang dan penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur. (HR. Tirmidzi)  ..... 2.     Dahulu Nabi tidak

KONTEST LENGKAPKAN AYAT PALING KREATIF di FACEBOOK RASMI "PUSTAKA DARUL IMAN "

CONTEST LENGKAPKAN AYAT PALING KREATIF kini sedang BERLANGSUNG !! 🤩 🤩 https://www.facebook.com/pustakadarulimanpublisher/photos/a.300806526705240/2445258895593315/?type=3&theater Yahuu..Pustaka Darul Iman ada buat Contest lah guys! Apa tunggu lagi, hadiah pun boleh tahan ni.. Senaskah Alquran Raihan dengan Engrave nama pemenang sekali.…ini lah masanya! . Jom ikut Cara-caranya sepetri berikut : . 1) ➡   LIKE & FOLLOW facebook RASMI "pustaka Darul Iman"   2) ➡   Karangkan Ayat anda yang superb kreatif , tidak lebih 15 patah perkataan di ruangan komen… 3) ➡   MENTION 5 RAKAN ANDA yang korang rasa dia lagi kreatif dari korang & HASTAG   # contestdaruliman   4) ➡   kemudian SHARE Post Contest ini di facebook anda sendiri SEBANYAK yang mungkin.. 5) ➡ HADIAH UTAMA adalah senaskah Alquran Raihan beserta ukiran nama pemenang sendiri... SHARE Paling banyak & Ayat paling kreatif / Superb yang akan memenangi Alquran ini.. .