Skip to main content

[Share] Jom bebuat baik



Setiap daripada kita perlu mendidik diri melakukan kebaikan. Kebaikan mampu memantapkan keimanan kita. Kebaikan ini perlulah dilatih sejak kecil supaya mudah diterapkan dan beramal dengannya.

..
Waabisoh bin Ma’bad r.a melaporkan, “aku datang bertemu rasulullah s.a.w dan baginda berkata, ‘Engkau datang untuk bertanyakan tentang kebajikan?’ Aku menjawab, ‘Benar.’ Maka baginda berkata, ‘Mintalah fatwa ( Bertanyalah) kepada hatimu, kebajikan ialah sesuatu yang jiwa dan hati merasa tenang terhadapnya, manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan mengelisahkan dada, sekalipun pelbagai fatwa yang diberikan oleh manusia (sama ada ia halal atau haram),” 
Hadis direkodkan oleh imam Ahmad dalam Musnab Ahmad. No hadis 18006, daripada Waabisoh bin Ma;bad Al-Asadi , Hadis dhaif)
Antara Galakan membuat kebaikan menurut Al-Quran adalah :1)  Berbuat baik kepada Ibubapa



2)  Berkata baik kepada manusia



3)  Berdebat dengan Ahli kitab dengan cara baik

4)  Berakhlak baik ketika berdakwah



Tip yang boleh diamalkan setiap hari kerana amalan ini mudah dan senang untuk dilakukan , Antaranya adalah:


  • Sentiasa memperbaharui niat dan ikhlas melakukan kebaikan kerana Allah SWT
  • Sentiasa menolong orang lain ketika dalam kesusahan, seperti saudara, jiran dan sahabat andai.
  • Memberi makanan kepada haiwan jalanan. Amalkan menyimpan makanan kucing atau anjing di dalam kereta.
  • Memberi salam dans enyum adalah kebaikan yang mudah diamalkan.
  • Sentiasa meminta maaf fan memaafkan orang lain.


Oleh itu, marilah kita berbuat baik kepada semua orang kerana apa yang akan kita lakukan pasti akan mendapat ganjaran dan akan diingati oleh orang lain, semoga segala amalan baik kita diikuti dan menjadi pedoman dan mengajaran kepada orang lain.
..
Jom Clik 1 hari 1 perkongsian di Telegram kami : https://t.me/QuranDaruliman
#pustakadaruliman #alqurandaruliman #1hari1perkongsian #alquranpelangi #alqurancantik #alqurantagging #alquranengraving #alquranmalaysia #alqurandaruliman #infomudahnyaislam

Comments

Popular posts from this blog

ADA APA DENGAN SURAH MAKIYYAH & MADANIAH?

Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun, sebagian besar waktu Rasulullah dihabiskan di Makkah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman. “Ertinya : Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Israa : 106] Oleh kerana itu para ulama rahimahullahu membagi Al-Qur’an menjadi dua bagian :            ~Makkiyah           ~Madaniyah            Sebenarnya, pengasingan ini adalah kerana Al-Quran diturunkan dalam dua musim, di Mekah dan di Madinah. Kedua-dua musim ini dipisahkan oleh peristiwa yang bersejarah, iaitu hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat beliau ke Madinah. Tempoh kedua-dua musim itu ialah, di Mekah (sebelum Nabi...

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh - Dapatkan al-quran mihrab terjemah dan tajwid berwarna bersaiz a3 28.5cm x 37.5cm L3.5cm .untuk diwakafkan kepada masjid dan surau ...hubungi 03-41416835 skrng

           Mihrab, Al Quran Terjemahan bertajwid dilengkapi dengan panduan bacaan Hamzah wasal & Nun 'iwad. Al Quran bersaiz besar dan terjemahan Bahasa Melayu Pimpinan Al Rahman pertama di Malaysia

[SHARE] SUJUD SAJADAH ATAU TILAWAH..apa perlu kita buat?

Assalamualaikum.. kita kadang ternampak simbul seakan-akan kubah masjid di dalam satu ayat alquran ini kan..tapi kita tak tau nak buat apa bila ternampak symbol tersebut.. jadi jom kita rungkaikan dengan lebih mendalam mengenai tanda tersebut. . Tanda tersebut adalah tanda ayat Sujud Sajadah atau juga dikenali sebagai sujud tilawah . Disunat bersujud dengan niat Tilawah bagi pembaca atau pendengar ‘ayat Sajadah’. Selain dari ‘Sujud Tilawah’ sujud ini juga dikenali sebagai ‘Sujud Sajadah’. . Tilawah ertinya bacaan. Maka Sujud Tilawah bererti sujud bacaan iaitu sujud kerana membaca atau mendengar ‘ayat-ayat Sajadah’ dari pembacaan Al-Quran yang kebiasaannya boleh dikenali pada ayat-ayat tersebut dengan ditandai garis atau simbol kubah dan tertulis perkataan sajadah. . Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh ...