Skip to main content

[SHARE] Amalkan Pemakanan yang SIHAT




Satu amalan kecerdasan akal adalah dengan menjaga makanan, Pengambilan makan yang sihat adalah sangat dituntut di dalam islam, ia adalah elemen terpenting yang perlu dititik beratkan kerana ia berkait rapat dengan ibadah seharian kita, bukan itu sahaja, pastikan makanan kita itu adalah halal dan tidak memberikan kesan sampingna yang negatif kepada diri kita. Menurut ayat Al-Quran dibawah bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. (Surah Al Baqarah, ayat 168)






Dalam ayat yang lain, diperingatkan lagi khusus kepada orang yang beriman supaya makan minum yang halal dan sentiasalah bersyukur kepada Allah SWT,  firman-Nya:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan (kurniakan) kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya”. (Surah Al-Baqarah, ayat 172)



Tanda kasih dan sayangnya Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, maka diulang-ulangi ayat tentang peringatan makan yang halal lagi baik, kemudian diikuti dengan perintah bertaqwa kepadaNya, tujuannya ialah supaya orang beriman itu sentiasa selamat, sihat dan dalam limpahan rahmat serta redha-Nya di dunia dan akhirat. Firman-Nya di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman”. (Surah Al-Maidah, ayat 87-88)
 ..
Ayat ini memberikan peringatan kepada umat Islam dan orang yang beriman, berkaitan dengan dua yang dilarang dan dua lagi disuruh, iaitu:

1. Jangan haramkan yang dihalalkan Allah SWT
2. Jangan melampaui batas dalam perkara yang dihalalkan
3. Makan rezeki yang halal dan baik
4. Bertaqwalah kepada Allah SWT
..


Menurut pakar islam iaitu imam Ibnu Kathir, seorang ulama tafsir termasyur dalam kitabnya, Tafsir Al-Azim menjelaskan, makanan yang baik itu haruslah tida mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal serta sesuai dengan segera.

..

Tips pemakanan yang dianjurkan oleh pakar nutrisi,
  1. Banyakkan makan makanan seperti susu, kurma,ismis dan badam. Makanan seperti ini mempunyai banyak tenaga.
  2. Banyakkan mengambil sayur dan buah. Kurangkan makanan yang bergoreng atau berminyak.
  3. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah lebih baik daripada makan banyak sekali gus.
  4. Jangan megambil makana berat sebelum tidur. Waktu terbaik adalah sebelum jam 8.00 malam utnuk makan malam.
  5. Janga menghina atau mengkeji makanan walaupun ia luar biasa bagi kita. Hormati budaya atau tradisi sesuatu kaum.

    ..


Akhirnya sekali, pastikan pilih, makan dan gunakan makanan dan barangan yang halal sahaja. Dan tinggalkan atau jauhi daripada memilih, memakan dan menggunakan makanan dan barangan yang haram. Mudah-mudahan hidup kita, anak isteri dan keluarga akan lebih baik, tenang, berkat, sihat, selamat dan bahagia di dunia dan akhirat, insya Allah.
..
Ingatlah makan yang sihat menjamin kehidupan yang sejahtera. Ikhlas daripada kami Pustaka Darul Iman.

Jom Clik 1 hari 1 perkongsian di Telegram kami : https://t.me/QuranDaruliman

#makanansihat #HALAL #pustakadaruliman #alqurandaruliman # #alqurandaruliman #infomudahnyaislam #makananislam #tipsmakan


Comments

Popular posts from this blog

ADA APA DENGAN SURAH MAKIYYAH & MADANIAH?

Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun, sebagian besar waktu Rasulullah dihabiskan di Makkah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman. “Ertinya : Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Israa : 106] Oleh kerana itu para ulama rahimahullahu membagi Al-Qur’an menjadi dua bagian :            ~Makkiyah           ~Madaniyah            Sebenarnya, pengasingan ini adalah kerana Al-Quran diturunkan dalam dua musim, di Mekah dan di Madinah. Kedua-dua musim ini dipisahkan oleh peristiwa yang bersejarah, iaitu hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat beliau ke Madinah. Tempoh kedua-dua musim itu ialah, di Mekah (sebelum Nabi...

[Share] Surah Al-Mulk? Ada apa dengan surah ini..

SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur. Ia adalah  Surah Al-Mulk  yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci. Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari. .. Di antara kelebihan Surah ini ialah: ·          Surah ini akan menjadi penyelamat. ·          Penegah pembacanya dari seksa kubur. ·          Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah). ·          Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik). ·          Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik. 1    Terdapat banyak hadi...

πŸ–€14 waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa πŸ–€

πŸ–€Antara waktu waktu  yang mustajab untuk berdoa πŸ–€ Kalau selama ni anda berdoa tak pernah makbul janganlah mengeluh mengamuk, anda yang tak pandai timing. Simpan ni dan buat panduan 1. Saat azan berkumandang - Dari Sahl bin Saad bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Ada dua yang tidak tertolak atau jarang tertolak: Doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk.” (HR. Abu Daud, Baihaqi, dan Hakim) 2. Doa di antara Azan dan iqamah - Dari Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Doa antara adzan dan iqamah tidak ditolak, maka berdoalah kamu” (HR. Ahmad) 3. Sebelum Salam pada saat Shalat Wajib - “Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, kapan doa kita didengar oleh Allah? Beliau bersabda: “Diakhir malam dan diakhir shalat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499) Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahwa yang dimaksud ‘akhir shalat wajib’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasall...