Skip to main content

[share] Usahawan berjaya jual lebih 10,000 naskah Al Quran & Poster sepanjang PKP





PKP atau nama penuhnya Perintah Kawalan Pergerakan telah mengakibatkan hampir sebahagian besar aktiviti perniagaan terjejas dan ada yang terpaksa gulung tikar. Pembatasan diri, penutupan sebahagin besar premis dan rakyat dipaksa berada dirumah sepanjang masa ini, telah menyebabkan kebanyakan aktiviti bisness terjejas.
Namun, disebalik situasi itu ada sebahagian bisness yang mendapat sambutan berkali ganda. Industri makanan, perkhidmatan penghantaran cepat, produk kesihatan dan perniagaan dalam talian mendapat sambutan luar biasa.
Namun, bagi penerbit Al Quran dan bahan bacaan kanak2 Pustaka Darul Iman Sdn Bhd, Tuan Hj Mohd Fadzil Saleh, situasi PKP memberi rezeki berganda dari waktu biasa bila syarikatnya telah berjaya menjual lebih 10,000 naskah Al Quran dan bahan pendidikn anak2 pelbagai jenis ketika musin PKP ini. Ternyata, suasana PKP yang telah menjadikan aktiviti dirumah dipenuhi dengan aktiviti berkeluarga yang sihat dan bermunafaat terutama untuk keagamaan dan pendidikan.
Kebetulan pula PKP yang dimulakan pada pertengan Mac bersambung pula dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dan merupakan bulan ibadat bagi umat Islam. Justeru, dengan produk2 yang berkualiti, pelbagai bentuk dan dipenuhi ciri2 keperluan ummat Islam keluaran syarikat beliau, telah mendapat sambutan hebat dari masyarakat. Yang menariknya, sebahagian pembelinya merupkan warga senior yang menggunakan sebahagian masa mereka membaca dan mempelajari Al Quran serta mengajarkannya kepda anak2 dan cucu2.
Syarikat beliau yang telah beroperasi sebagai penerbit Al Quran dan bahan2 pendidikan sejak 30 tahun yang lalu, berlokasi di Setapk, Kuala Lumpur telah berjaya menjual lebih 10,000 naskah Al Quran pelbagai jenis dan bahan2 pendidikn seperti buku kanak2 dan poster, sepanjang tempoh itu secara dalam talian. Beroperasi dari rumah dan dibantu oleh hanya 3 pekerja yang mendapat kebenaran bekerja diwaktu yang terhad, mereka terpaksa bertungkus lumus membungkus dan menghantar beratus bungkusan setiap hari sehingga hari terakhir perkhidmatan penghantaran ditamatkan pada 15hb mei ini untuk cuti sambutan Aidul Fitri.
Syarikat beliau telah menggunakan khidmat agensi pemasaran dalam talian seperti Shopee, https://shopee.com.my/pustakadaruliman, Lazada, Yezza disamping aplikasi biasa seperti facebook dan instagram. Jualan berganda ini juga turut dijayakan oleh agen2 syarikat(dropship) yang menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan.
Menurut beliau lagi, awalnya beliau menyangka wabak Covid19 yang melanda dunia akhir 2019 akan turut menjejaskan perniagaan beliau dan industri bahan bacaan di Malaysia. Ini ekoran penangguhan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKl) acara tahunan nerprestij bagi penerbit dan pencinta buku2 di Malaysia kesuatu tarikh yg belum dapat diputuskan. Tambahan pula ekoran dari penularan wabak ini juga, kedai2 buku terpaksa ditutup dan hanya menunggu nasib yang akan menimpa perniagaan mereka dan turut menjejaskan penerbit.
Namun, dengan tidak disangka2 beberapa produk syarikatnya telah mendapat sambutan luar biasa sepanjang PKP. Al Quran Jabbar dan Al Quran Mihrab adalah dua jenis Al Quran bersaiz besar keluran syarikan beliu yang sesuai dijadikan panduan buat para imam ketika membaca Al Quran ketika solat, ternyata mencuri tumpuan masyarakat Islam ketika PKP. Naskah yang awalnya dijual bersama “stand” yang membolehkan ianya digunakan oleh seisi kelurga ketika solat berjamaah dirumah sangat mendapat sambutan. Namun, stok “stand” kehabisan kerana pembekal tidak dapat memgadakan bahan2 ini yang diimpot dari negara China, kerana Covid19. Namun pelanggan tetap memilih produk ini kerana banyk membantu mereka sekeluarga ketika menyambut Ramadhan kali ini.



Menurut Tn Hj Mohd Fadzil lagi, beliau berharap penularan Covid19 ini dapat dihentikan secept mungkin melalui amalan kehidupan “lazim baru” masyarakat dan sekaligus menyelamatkan lebih ramai rakyat dari menjadi mangsa akibat dari wabak merbahaya ini selain kematian akibat darinya seperti kemerosotan ekonomi dan pengurusan emosi masyarakat. Beliau juga berharap segala aktiviti penting seperti solat jumaat, solat berjamaah dan pekerjaan harian akan segera dipulihkan seperti biasa.
Beliau yang juga merupakan seorang penceramah agama dan aktivis masyarakat menggunakan waktu berada dirumah dengan mengadakan siri ceramah2 dalam talian dan turut melancarkan kempen derma dan waqaf serta mengagihkn bantuan kepada mangsa Covid19, Fronliner, sukarelawan dan institusi2 yang terlibat melalui NGO Pertubuhan Suara Prihatin. Beliau juga berjasama dengan NGO2 yang lain seperti Yayasan Ihsan, Massa, Ihya’ Qur’an, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia dan Comunity Volunteer Covid19.

Sambil bersyukur dengan kesihatan diri dan keluarga, beliau juga menyeru agar semua rakyat mengambil perhatian serius dan mengambil berat tentang menjaga kesihatan dan usaha semua pihak dalam menghentikan jalur jangkitan wabak yang sangat merbahaya ini sambil menyeru agar saling bekerjasama dan bantu membantu sesama kita ketika didalam kesulitan dengan apa jua cara dan keadaan dengan sabar, solat dan doa terutama di sepuluh hari terakhir dibulan ramadhan ini. Bagi yang berminat untuk kepada produk Pustaka Darul Iman boleh layariwww.pustakadaruliman.com.my.
atau ke shopee https://shopee.com.my/pustakadaruliman . Manakala sesiapa yang ingin turut menyumbang kepada pihak yang terlibat dengan Covid19, boleh membuat sumbangan kepada Pertubuhan Suara Prihatin Malaysia, No. akaun Maybank 564061440184. Boleh hantarkan whatapp ke 0199132180: waqafCovid19



.

Comments

Popular posts from this blog

ADA APA DENGAN SURAH MAKIYYAH & MADANIAH?

Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun, sebagian besar waktu Rasulullah dihabiskan di Makkah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman. “Ertinya : Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Israa : 106] Oleh kerana itu para ulama rahimahullahu membagi Al-Qur’an menjadi dua bagian :            ~Makkiyah           ~Madaniyah            Sebenarnya, pengasingan ini adalah kerana Al-Quran diturunkan dalam dua musim, di Mekah dan di Madinah. Kedua-dua musim ini dipisahkan oleh peristiwa yang bersejarah, iaitu hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat beliau ke Madinah. Tempoh kedua-dua musim itu ialah, di Mekah (sebelum Nabi...

[Share] Surah Al-Mulk? Ada apa dengan surah ini..

SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur. Ia adalah  Surah Al-Mulk  yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci. Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari. .. Di antara kelebihan Surah ini ialah: ·          Surah ini akan menjadi penyelamat. ·          Penegah pembacanya dari seksa kubur. ·          Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah). ·          Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik). ·          Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik. 1    Terdapat banyak hadi...

πŸ–€14 waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa πŸ–€

πŸ–€Antara waktu waktu  yang mustajab untuk berdoa πŸ–€ Kalau selama ni anda berdoa tak pernah makbul janganlah mengeluh mengamuk, anda yang tak pandai timing. Simpan ni dan buat panduan 1. Saat azan berkumandang - Dari Sahl bin Saad bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Ada dua yang tidak tertolak atau jarang tertolak: Doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk.” (HR. Abu Daud, Baihaqi, dan Hakim) 2. Doa di antara Azan dan iqamah - Dari Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Doa antara adzan dan iqamah tidak ditolak, maka berdoalah kamu” (HR. Ahmad) 3. Sebelum Salam pada saat Shalat Wajib - “Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, kapan doa kita didengar oleh Allah? Beliau bersabda: “Diakhir malam dan diakhir shalat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499) Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahwa yang dimaksud ‘akhir shalat wajib’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasall...