Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

[share] Usahawan berjaya jual lebih 10,000 naskah Al Quran & Poster sepanjang PKP

PKP atau nama penuhnya Perintah Kawalan Pergerakan telah mengakibatkan hampir sebahagian besar aktiviti perniagaan terjejas dan ada yang terpaksa gulung tikar. Pembatasan diri, penutupan sebahagin besar premis dan rakyat dipaksa berada dirumah sepanjang masa ini, telah menyebabkan kebanyakan aktiviti bisness terjejas. Namun, disebalik situasi itu ada sebahagian bisness yang mendapat sambutan berkali ganda. Industri makanan, perkhidmatan penghantaran cepat, produk kesihatan dan perniagaan dalam talian mendapat sambutan luar biasa. Namun, bagi penerbit Al Quran dan bahan bacaan kanak2 Pustaka Darul Iman Sdn Bhd, Tuan Hj Mohd Fadzil Saleh, situasi PKP memberi rezeki berganda dari waktu biasa bila syarikatnya telah berjaya menjual lebih 10,000 naskah Al Quran dan bahan pendidikn anak2 pelbagai jenis ketika musin PKP ini. Ternyata, suasana PKP yang telah menjadikan aktiviti dirumah dipenuhi dengan aktiviti berkeluarga yang sihat dan bermunafaat terutama untuk keagama