Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

REHAT YANG SEBENAR.

Jadilah orang yang baik di dunia. Hidup dengan ikhlas beribadah kepada Allah dengan mengikut Sunnah. Jangan jadi ahli syirik yang menjadi penyokong bid'ah, kebatilan dan kezaliman. Suatu hari ada seorang jenazah lalu di depan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Baginda bersabda: مستريح ومستراح عنه "Orang itu berehat ataupun yang lain rehat daripadanya".  Sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan wahai Rasulullah? Baginda menjawab: العبد المؤمن يستريح من نصب الدنيا وأذاها إلى رحمة الله، والعبد الفاجر يستريح منه العباد والبلاد والشجر والدواب "Seorang hamba yang beriman akan berehat (disebabkan kematiannya) daripada kepenatan dan gangguan dunia menuju kepada rahmat Allah. Manakala, hamba yang jahat, maka semua manusia, negeri, pohonan dan binatang akan berehat (disebabkan kematiannya)." [Muttafaqun Alaihi] (ARAR, 17/9/2013 - AAM)

Kisah Nabi Idris dan Iblis

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Iblis akan datang menggoda dan menghasut anak Adam dalam semua peringka. Tetapi Iblis amat sukar untuk menggoda para rasul dan para nabi yang bersifat maksum dan sentiasa didalam pemeliharaan Allah SWT. Iblis berusaha untuk menggoda Nabi Idris a.s. ternyata usaha-usahanya gagal kerana kedatangan Iblis sudah diketahui oleh Nabi Idris a.s. terlebih dahulu. Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?” Dengan izin Allah SWT. Nabi I...

Allah Bersama Orang yang Sabar !

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula. Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah . Dan Dia berhak atas segalanya. Allah swt berfirman : “Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28] “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155] Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah.. Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah...

Allah itu dekat

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat daripada urat lehernya (Al Qaaf:16)” Melalui bilah-bilah hari dalam kehidupan sesekali melelahkan. Jiwa tenat menghirup sisa-sisa perjalanan. Jasad lesu menghayun langkah keazaman. Dunia yang dirasakan indah terkadang menyapa dengan penuh kejutan. Dikirimnya surat cinta tak berbalas. Diajunya pukulan kekalahan yang merebahkan. Dihantarnya petir cubaan yang menggoncang jiwa. Sungguh insan itu sangat lemah. Tika diterjah dengan pelbagai onak dan duri dirasakan tak mampu lagi berjalan sendiri. Tika diasak dengan ombak badai yang mengganas maka terdampar lemah di sisir pengharapan. Namun itulah rencah kehidupan yang menghadirkan kemanisan jika kita bersabar. Sesungguhnya, Allah telah berfirman di dalam Al-quran, “Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?” (Surah al-Ankabut : 2) Sesun...

Bersederhana itu lebih baik ~

“Wow mewahnya kereta tu..Mesti mahal kan? ” “Besarnya rumah tu…Mesti banyak nak bayar kan?” “Canggihnya handphone kau…mesti harga beribu kan?” “Kau nak pergi makan di restoran mahal tu ke?” “Baju kau ni susah nak dapat..kau beli kat mana?” Itulah antara beberapa dialog yang sering kita dengar atau ucap jika kita mengagumi sesuatu harta benda yang kelihatan mewah dan dinilai dengan harga yang sangat mahal serta hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Hari ini, manusia tidak pernah puas dengan kehidupan materialnya, sehingga siang malam hidupnya semata-mata untuk dikagumi oleh masyarakat sekeliling. Tidak salah berumah besar ibarat mahligai, tidak salah berkereta mewah, tidak salah berfesyen yang mahal, tetapi apakah berbaloi nanti saat di”audit” oleh Allah SWT kelak di akhirat sana? Diri ini juga tidak sempurna, sentiasa memperbaiki diri sendiri dalam setiap perkara. Apa yang ditakut adalah sifat riyak dan membazir yang lahir dari penyakit wahan. Apakah itu penyakit wah...

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat

Di antara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di malam atau hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Waktu disunnahkan  membaca surah Al-Kahfi  dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat . Membaca surah Al-Kahfi di garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar. Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat: 1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani) 2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَو...