🌸 BUATLAH KEBAIKAN WALAU SEBESAR ZARAH 🌸 . Kita selalu menganggap bahawa sesuatu yang "kecil" sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya, baik ia berupa kebaikan ataupun keburukan. Mungkin kita lupa bahawa sesuatu yang besar itu diawali oleh sesuatu yang kecil. . Ada ketikanya amal kebaikan yang kecil, yang hanya dipandang sebelah mata, diberi penghormatan besar dan keselamatan bagi kebaikan manusia. Ada ketikanya pula, amalan yang hebat itu dibangga-banggakan, malah menjadi sebutan dan pujian ramai, tetapi tidak memberi manfaat, bahkan kadang-kadang mengundang fitnah pula. . Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8) . Demikian juga peringatan daripada Rasulullah s.a.w. ag...